Ahad, 26 September 2010

Aku, manusia moden

Aku tidak pernah gagal dalam peperiksaan

aku selalu lulus

aku tidak malas

aku sangat rajin

Aku bukan sejenis binatang

aku manusia moden

aku bukan tua atau 'retro'

aku manusia moden

Aku manusia moden

ingin berjasa kepada negara

menjadi kebanggaan ibu dan bapa.

Khamis, 23 September 2010

Hujan

Ada yang berkata
engkaulah yang jatuh dari awan
yang membasahi orang yang tidak berdosa
Adakah engkau begitu, hujan?

Ada yang berkata
engkau turun dari awan
membawa hidup kepada bunga Alamanda
Adakah engkau begitu, hujan?

Aku ingin menjadi sepertimu
apatah daya aku lemah
aku hanya tahu mencari
engkaulah yang menghibur hatiku
engkaulah inspirasi

Rabu, 15 September 2010

Hujan air batu

Kalau saya mengalami hujan air batu, saya akan terus menuju ke tempat untuk berteduh kerana hujan air batu agak tajam dan ia boleh cederakan saya. Saya akan berasa sedih kerana tidak boleh pergi ke mana-mana kerana hujan air batu yang sebesar sebiji bola golf boleh mencederakan saya pertama kali kepala saya. Saya pun akan berasa bosan kerana tidak boleh bermain di luar.