Isnin, 15 November 2010

Tahun 2010 di WGPS

Pada tahun ini, saya ada banyak kenangan manis dan pahit. Di dalam catatan ini adalah salah satu daripada mereka.

Kenangan saya yang paling manis adalah apabila aya terpilih unutk ke negara Brunei . Saya berasa gembira kerana dapat ke situ kerana saya tidak pernah ke negara Brunei. Di situ saya telah mencuba benda-benda yang agak aneh seperti makan ulat yang telah digoreng. Saya pun telah tahu dengan lebih lanjut tentang Sultan Brunei dan negaranya.

Kenangan saya yang paling pahit adalah semasa saya ke perkhemahan darjah 5. Di situ sangat kotor dan gelap. Tandasnya sangat kotar dan ada banyak serangga yang kelihatan pelik dan geli. Jikalau saya ada pilihan untuk ke situ lagi, saya tidak akan ke situ kerana saya akan merindui keluarga saya dan di bilik itu sangat panas dan katil itu sangat keras.