Khamis, 28 Oktober 2010

Pengalaman saya mengambil Bahasa Melayu Lanjutan

Saya berasa yang Bahasa Melayu Lanjutan kadang kala susah dan kadang kala senang. Walaupun susah, saya masih berasa gembira kerana ia boleh menolong saya dalam masa depan saya. Dalam peperiksaan Bahasa Melayu Lanjutan saya, saya tidak pernah gagal tetapi satu ketika itu saya hampir-hampir gagal kerana saya telah mendapat markah di antara 50 markah hingga 60 markah. Walaupun markah saya rendah, saya berusaha untuk mendapat markah yang lebih tinggi. Saya harap yang pada tahun hadapan, saya akan berusaha lebih keras dan mendapat markah yang lebih tinggi.

Ahad, 24 Oktober 2010

Menjelang peperiksaan

Persiapan saya untuk peperiksaan akhir tahun saya adalah mengulang kaji semua pelajaran saya pada tahun ini. Saya telah mengulang kaji setiap hari dan bertanya kepada ibu bapa atau abang jika tidak faham soalan tersebut. Mereka selalu menolong saya dan saya hendak mereka bangga terhadap markah peperiksaan saya. Jikalau saya rasa persiapan saya untuk peperiksaan cukup dan tiba masanya untuk duduk kertas peperikaan saya, saya harus berasa yakin yang kajian saya cukup dan walau apa pun markah saya, saya tahu yang saya telah memberi percubaan yang terbaik.

Khamis, 14 Oktober 2010

Nasihat untuk Ayub

Ayub,

Jika kamu ada masalah dalam mata pelajaran Matematiks, kamu boleh bertanya kepada ibu bapa kamu atau kawan-kawan kamu. Kamu pun boleh cuba memahami Matematiks. Kamu harus berfikir dengan positif. Kamu pun boleh ke rumah jiran kamu dan menyuruhnya supaya rendahkan suara karaoke mereka.

Salam,

Atiqah