Rabu, 16 Februari 2011

Minat(2)

Minat saya yang kedua adalah mendengar dan bermain muzik. Muzik menolong saya tenangkan diri apabila saya berasa stress atau tertekan. Ibu bapa saya menghantar saya untuk belajar bermain piano supaya saya dapat tenangkan diri apabila ada terlalu banyak kerja. Walaupun ia sepatutnya tenangkan saya, jikalau saya ada terlalu banyak kerja rumah, saya harus tidur lewat-lewat. Saya pun suka mendengar muzik pada masa lapang. Ia boleh membangunkan saya apabila saya sedang berasa penat apabila sedang membuat sesuatu yang membosankan.

Selasa, 15 Februari 2011

MInat saya(1)



Minat saya adalah membaca. Semasa masa lapang saya, saya cuba membaca. Membaca mendatangkan beberapa faedah seperti meluaskan kosa kata dan ia menguatkan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu saya. Salah satu penulis yang saya minat adalah Jodi Picoult. Buku-buku yang ditulisnya menarik. Contoh-contoh buku yang ditulisnya adalah 'My sister's keeper', ' House Rules' dan 'Vanishing Acts'. Saya pun gemar membaca majalah TIME dan Reader's Digest. Ibu bapa saya membeli majalah-majalah tersebut kerana mereka tahu ia akan menguatkan bahasa saya dan saya boleh tahu tentang apa yang sedang berlaku di dunia ini. Majalah- majalah tersebut pun menarik dan saya boleh mendapatkan lebih pengetahuan am.