Selasa, 26 April 2011

Pengalaman semasa di luar negara

Pengalaman saya yang paling manis semasa di luar negara adalah semasa saya ke London dan Paris. Saya ke sana semasa saya 9 tahun. Saya berasa ghairah ketika hendak ke sana kerana pertama kali ke negara-negara tersebut.

Di London, ada beberapa bangunan yang lama seperti Big Ben, London Bridge dan Westminster Abbey. Cuaca ketika itu sungguh sejuk. Saya berasa sungguh seronok apabila di situ. Saya pun ke Buckingham Palace untuk melihat pertukaran pengawal di situ. Perjalanan dari pagar hadapan ke situ sungguh lama dan saya berasa sungguh penat dan sejuk. Selepas kami tiba di situ sudah ada ramai orang dan terpaksa berdiri di belakang. Saya pun berasa sedih kerana tidak boleh melihat apa-apa. Ada seorang wanita tua yang memberi kami jalan ke hadapan dan saya dan adik saya pun berterima kasih kepadanya. Kami tiada masalah tentang makanan di situ kerana ada beberapa kedai makan yang halal di situ seperti Subway. Kami pun ke pusat membeli-belah Harrods.

Kami pun ke Paris semasa percutian itu.Kami harus bangun pada pukul lima pagi kerana ada sebuah bas yang akan membawa kami ke stesen kereta api. Perjalanan dari London ke Paris agak lama. Di situ, cuacanya pun sejuk. Selepas kami tiba di sana ,kami terus ke bandar untuk menaiki bot di Sungai Seine(Seine river). Selepas itu kami makan tengah hari. Ia pertama kali saya mencuba makanan crêpes. Rasanya agak sedap. Selepas itu kami menaiki Menara Eiffel (Eiffel Tower). Ketika itu, sedang hujan lebat dan kami amat sejuk. Kami menurun tangga ke tingkat pertama dan adik saya menangis kerana dia tersentuh besi tanpa menggunakan sarung tangan dan terlalu sejuk . Selepas itu, kami ke Muzium Louvre. Ada beberapa lukisan daripada Leonarda Da Vinci, Picasso dan lain-lain lagi. Saya pun dapat melihat lukisan Mona Lisa yang tulen. Ia agak kecil.

Saya berasa bertuah kerana dapat ke negara tersebut. Jikalau saya ada pilihan, saya akan memilih untuk pergi ke kesemua Eropah dan Amerika. Saya harus bekerja keras dan kuat untuk memenuhi impian saya ini.