Kuiz bahasa melayu di dalam bilik darjah menarik kerana saya dapat belajar tentang banyak benda yang saya tidak tahu. Melalui kuiz- kuiz ini, saya dapat belajar tentang banyak benda seperti peribahasa dan perkataan yang susah. Kuiz ini boleh menolong saya dalam peperiksaan dalam bahagian karangan dan tulis makana perkataan. Saya berasa kuiz- kuiz ini penting dan menarik kerana boleh tolong kita dan kita boleh cuba jawab dengan jaapan yang betul.
Isnin, 26 Julai 2010
Aktiviti ' bawa & berborak'
Semasa saya berada dalam darjah 2, kelas bahasa melayu saya telah mengadakan aktiviti 'bawa dan borak'. Dalam aktiviti ini, saya harus membawa benda yang saya suka ke sekolah dan menerangkan apa benda saya di depen bilik darjah. Dari aktiviti ini, saya telah tahu tentang benda-benda menarik yang kawan-kawan saya sedarjah memiliki.
Perkhemahan Bahasa
Pada tahun ini, murid-murid darjah enam telah menghadiri perkhemahan bahasa melayu. Dalam perkhemahan 2 hari ini, mereka telah bermain permainan tradisional dan belajar tentang permainan- permainan tersebut. Saya rasa perkhemahan seperti ini bagus kerana ia akan menajarkan budak- budak generasi ini tentang apa yang dimain dan apa ibu bapa kita telah bermain.
Bengkel Penulisan Kreatif
Dalam bengkel penulisan kreatif ini, saya telah mempelajari tentang berbagai benda untuk menulis dalam karangan saya dengan menggunakan deria saya. Dengan menggunakan deria saya, saya boleh memperbaiki karangan saya kerana saya dapat rasa apa yang sedang berlaku dalam karangan saya. Kita boleh menggunakan deria lihat dan tulis pasal apa yang kita lihat. Kita pun boleh menggunakan deria dengar kita dan kita boleh tulis apa yang watak dalam karangan kita dengar.
Pertandingan blogging
Dalam pertandingan blogging ini, saya boleh tulis tentang bahasa melayu dalam Bulan Bahasa ini. Saya rasa pertandingan ini sedikit susah kerana kalau tidak tahu, harus tulis apa pun yang datang ke dalam fikiran. Dalam pertandingan ini, saya telah mempelajari tentang blogging dan banyak benda yang saya tidak tahu. Dalam pertandingan ini saya telah menggunakan bahasa melayu yang saya tidak selalu menggunakan. Kalau ada pertandingan seperti ini lagi, saya akan masuk dalam pertandingan itu.
Lawatan Pendidikan di Brunei Darussalam
Pada 26 Mei hingga 30 Mei, sekolah saya telah ke Brunei Darussalam. Kami telah mengunjungi berbagai muzium di situ. Kami pun telah ke sawah padi di situ. Di Brunei, kami telah melawati sebuah sekolah, Sekolah Rendah Junjongan. Di sekolah itu, kami telah mempelajari bagaimana hendak membuat kikik(layang-layang) dan bakul. Kami pun telah mencuba makanan tradisional Brunei, Ambuyat. Ambuyat adalah hidangan Brunei berasal dari batang bahagian dalam pokok sagu. Perbualan orang Brunei berbeza dengan perbualan orang Singapura. Di Brunei, mereka menggunakan banyak bahasa daerah. Saya berasa sungguh gembira kerana boleh tinggal di sebuah negara yang tidak ada bahasa daerah seperti Brunei.
Selasa, 20 Julai 2010
Hari Keharmonian Kaum
Pada hari ini, sekolah saya telah mengadakan perayaan Hari Keharmonian Kaum. Hari Keharmonian Kaum dirayakan setiap tahun pada tarikh 21 Julai dan ia adalah untuk memperingati Rusuhan Bangsa 1964, yang berlangsung pada tarikh 21 Julai 1964. Pada rusuhan itu, 23 orang terbunuh dan 450 orang luka semasa rusuhan tersebut. Hari Keharmonian Kaum pun dirayakan kerana Singapura meraikan kejayaan sebagai bangsa yang harmoni dan masyarakat yang dibina di atas kepelbagaian budaya dan warisan. Di sekolah saya, ada baanyak guru-guru yang memakai baju tradisional bangsa mereka dan ada pun yang memakai baju tradisional bangsa lain. Saya rasa Hari Keharmonan Kaum ini penting kerana ia akan membuat kami lebih tahu tentang bangsa yang berlainan di Singapura ini.
Ahad, 18 Julai 2010
Pertandingan Piramida
Beberapa hari yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sebuah pertandingan Piramida. Piramida adalah sebuah permainan yang seperti permainan 'Taboo'. Seorang akan duduk menghadap paparan dan seorang lagi yang menghadap orang yang menghadap paparan. Permainan ini nampak menarik. Peserta-peserta dalam pertandingan piramida itu sungguh bagus dalam permainan itu.
Sabtu, 10 Julai 2010
Pertandingan Sahibba
Semasa saya berada dalam darjah 4, saya telah memasuki dalam sebuah pertandingan sahibba. Sahibba adalah sebuah permainan teka-teki silang dalam Bahasa Melayu, yang dicipta pada tahun 1976. Permainan sahibba menarik. Dalam permainan sahibba, saya boleh belajar banyak perkataan yang baharu. Permainan sahibba ini sangat seronok dan saya boleh mempelajari banyak benda dari permainan ini.
Langgan:
Catatan (Atom)