Selasa, 20 Julai 2010

Hari Keharmonian Kaum

Pada hari ini, sekolah saya telah mengadakan perayaan Hari Keharmonian Kaum. Hari Keharmonian Kaum dirayakan setiap tahun pada tarikh 21 Julai dan ia adalah untuk memperingati Rusuhan Bangsa 1964, yang berlangsung pada tarikh 21 Julai 1964. Pada rusuhan itu, 23 orang terbunuh dan 450 orang luka semasa rusuhan tersebut. Hari Keharmonian Kaum pun dirayakan kerana Singapura meraikan kejayaan sebagai bangsa yang harmoni dan masyarakat yang dibina di atas kepelbagaian budaya dan warisan. Di sekolah saya, ada baanyak guru-guru yang memakai baju tradisional bangsa mereka dan ada pun yang memakai baju tradisional bangsa lain. Saya rasa Hari Keharmonan Kaum ini penting kerana ia akan membuat kami lebih tahu tentang bangsa yang berlainan di Singapura ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan