Selasa, 28 Jun 2011

Cuti Sekolah Jun saya

Saya rasa cuti sekolah Jun mencukupi kerana jikalau ia terlalu panjang, agak membosankan kerana tidak ada apa-apa untuk membuat. Saya tidak belajar begitu banyak pada cuti sekolah tersebut kerana saya sedikit malas. Pada awal cuti sekolah, ibu bapa saya telah bercadang yang kita ke Batam untuk melihat bagaimana ia kelihatan kerana saya tidak saya dan adik-beradik saya tidak pernah ke sana. Kami pun ke sana. Kami pun ke Kuala Lumpur untuk membeli- belah. Selepas pulang dari KL, saya belajar dan mengulang kaji pelajaran saya. Kadangkala, jika saya tidak ada apa-apa untuk membuat, saya akan bermain alat permainan Xbox 360 bersama adik-beradik saya atau membaca buku. Saya rasa saya tidak menggunakan masa saya semasa cuti sekolah dengan betul kerana saya rasa saya tidak mengulang kaji dan belajar dengan cukup.