Saya rasa cuti sekolah Jun mencukupi kerana jikalau ia terlalu panjang, agak membosankan kerana tidak ada apa-apa untuk membuat. Saya tidak belajar begitu banyak pada cuti sekolah tersebut kerana saya sedikit malas. Pada awal cuti sekolah, ibu bapa saya telah bercadang yang kita ke Batam untuk melihat bagaimana ia kelihatan kerana saya tidak saya dan adik-beradik saya tidak pernah ke sana. Kami pun ke sana. Kami pun ke Kuala Lumpur untuk membeli- belah. Selepas pulang dari KL, saya belajar dan mengulang kaji pelajaran saya. Kadangkala, jika saya tidak ada apa-apa untuk membuat, saya akan bermain alat permainan Xbox 360 bersama adik-beradik saya atau membaca buku. Saya rasa saya tidak menggunakan masa saya semasa cuti sekolah dengan betul kerana saya rasa saya tidak mengulang kaji dan belajar dengan cukup.
Saya pernah juga pergi ke Batam. Tentu seronok kan? :D
BalasPadamAwak suka ke Batam Atiqah? Cikgu rasa di sana macam tidak ada apa-apa sahaja. Walau bagaimana pun, Cikgu rasa Atiqah pasti seronok dapat berjalan dan menghabiskan masa bersama keluarga. Itu yang penting.
BalasPadamWalaupun, cuti bulan Jun Atiqah tidak mahu mengulang kaji pelarajan dengan betul, sekarang masih ada masa. Cikgu harap dari sekarang Atiqah dapat meluangkan masa dengan betul ya.