Selasa, 5 Julai 2011

Cerita katak di bawah tempurung

Pada suatu hari ada seseorang yang bernama Siti. Dia jarang keluar dari rumahnya yang besar itu yang ditinggalkan oleh ibu bapanya yang sudah lama meninggal dunia. Dia pun tidak suka membaca surat dan menonton televisyen kerana amat membosankan dan dia sering membaca buku-bukunya yang lama dan buruk. Ibu bapanya meninggalkan wang berjuta- berjuta yang dihasilkan daripada bisnes mereka.


Siti terpaksa keluar dari rumahnya untuk membeli makanan kerana sudah habis. Semasa dalam perjalanan pulang daripada kedai tersebut, dia ditemui oleh seorang pemuda yang memperkenalkan dirinya sebagai Ali. Dia sedang menjual batu- batu yang dipercayai mempunyai kuasa ajaib dengan harga S$500. Dia berkata yang kita boleh mendapat apa-apa ynag dimintainya. Siti hendak melihat batu-batu tersebut tetapi Ali berkata yang dia boleh melihatnya selepas dia membelinya. Siti pun bersetuju untul membelinya dan memberitahunya yang dia harus ke bank dahulu untuk mengambil duitnya. Ali pun mengikutnya ke bank dan mengambil duit itu. Dia menyuruh Siti untuk berjumpanya di tempat yang sama.


Sudah tiga jam Siti menunggu untuk Ali tetapi dia tidak boleh dilihat. Dia cuba menelefonnya tetapi is dikatakan yang ia nombor yang palsu. Dia mula menjadi risau dan ke balai polis. Dia memberitahu pegawai polis di situ tentang apa yang terjadi dan mereka hanya ketawa sahaja. Mereka mengeluarkan senaskah surat khabar dan gambar yang sangat besar yang ada di muka surat pertama adalah si Ali itu. Dia pun membaca artikel tersebut. "...menipu...batu- batu berajaib...". Selepas membaca artikel tersebut, dia menangis terbahak.


"Aku ditipu," Siti menangis sambil berjalan keluar dari balai polis itu.


Dari peristiwa itu, Siti telah membeli surat khabar setiap hari dan membaca semua artikel di dalamnya dan telah menonton berita setiap hari. Dia berharap dengan perbuatannya di tidak akan ditipu lagi.










1 ulasan: