Peperiksaan PSLE semakin mendekat. Setiap murid darjah 6 pasti gementar dan hendak lulus dengan cemerlang. Peperiksaan lisan hanya beberapa minggu dari sekarang. Saya berasa takut kerana markah lisan Prelim saya tidak begitu tinggi. Saya rasa saya harus lebih tekun dalam ppelajaran saya kalau saya hendak mendapat markah yang cemerlang. PSLE ini penting kerana ia menentukan masa depan saya.
Untuk persiapan saya, saya telah mengulang kaji pelajaran saya untuk beberapa jam. Saya pun membaca buku-buku dan surat khabar Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu supaya boleh memperbaiki Bahasa saya dan jika tidak tahu sepatah perkataan saya akan mencarinya di dalam
kamus.Kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan PSLE pada tahun ini, selamat mencuba!:D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan