Ahad, 26 September 2010

Aku, manusia moden

Aku tidak pernah gagal dalam peperiksaan

aku selalu lulus

aku tidak malas

aku sangat rajin

Aku bukan sejenis binatang

aku manusia moden

aku bukan tua atau 'retro'

aku manusia moden

Aku manusia moden

ingin berjasa kepada negara

menjadi kebanggaan ibu dan bapa.

Khamis, 23 September 2010

Hujan

Ada yang berkata
engkaulah yang jatuh dari awan
yang membasahi orang yang tidak berdosa
Adakah engkau begitu, hujan?

Ada yang berkata
engkau turun dari awan
membawa hidup kepada bunga Alamanda
Adakah engkau begitu, hujan?

Aku ingin menjadi sepertimu
apatah daya aku lemah
aku hanya tahu mencari
engkaulah yang menghibur hatiku
engkaulah inspirasi

Rabu, 15 September 2010

Hujan air batu

Kalau saya mengalami hujan air batu, saya akan terus menuju ke tempat untuk berteduh kerana hujan air batu agak tajam dan ia boleh cederakan saya. Saya akan berasa sedih kerana tidak boleh pergi ke mana-mana kerana hujan air batu yang sebesar sebiji bola golf boleh mencederakan saya pertama kali kepala saya. Saya pun akan berasa bosan kerana tidak boleh bermain di luar.

Isnin, 2 Ogos 2010

Pencapaian saya

Selama ini, saya telah mencapai sedikit sahaja. Saya belum mendapat 100 markah Matematik tetapi saya telah dapat 99 markah. Saya belum mencapai apa- apa yang kena mengena dengan sukan. Cita-cita saya adalah untuk ke Sekolah Mengenah Perempuan Raffles dan untuk menadi seorang pakar bidan. Harapan ibu bapa saya adalah untuk ke kelas yang terbaik dan mendapat markah tinggi untuk peperiksaan saya. Saya harap yang saya boleh paling sedikit dapat A untuk semua peperiksaan saya.

Isnin, 26 Julai 2010

Kuiz bahasa Melayu di dalam bilik darjah

Kuiz bahasa melayu di dalam bilik darjah menarik kerana saya dapat belajar tentang banyak benda yang saya tidak tahu. Melalui kuiz- kuiz ini, saya dapat belajar tentang banyak benda seperti peribahasa dan perkataan yang susah. Kuiz ini boleh menolong saya dalam peperiksaan dalam bahagian karangan dan tulis makana perkataan. Saya berasa kuiz- kuiz ini penting dan menarik kerana boleh tolong kita dan kita boleh cuba jawab dengan jaapan yang betul.

Aktiviti ' bawa & berborak'

Semasa saya berada dalam darjah 2, kelas bahasa melayu saya telah mengadakan aktiviti 'bawa dan borak'. Dalam aktiviti ini, saya harus membawa benda yang saya suka ke sekolah dan menerangkan apa benda saya di depen bilik darjah. Dari aktiviti ini, saya telah tahu tentang benda-benda menarik yang kawan-kawan saya sedarjah memiliki.

Perkhemahan Bahasa

Pada tahun ini, murid-murid darjah enam telah menghadiri perkhemahan bahasa melayu. Dalam perkhemahan 2 hari ini, mereka telah bermain permainan tradisional dan belajar tentang permainan- permainan tersebut. Saya rasa perkhemahan seperti ini bagus kerana ia akan menajarkan budak- budak generasi ini tentang apa yang dimain dan apa ibu bapa kita telah bermain.