Selasa, 17 Mei 2011

Refleksi saya tentang gempa bumi Jepun



Sebuah gempa bumi yang berukur 8.9 'magnitude' melanda Pacific Ocean pada 11 Mac 2011. . Gempa bumi tersebut menghasilkan sebuah tsunami yang setinggi 1o meter. Ia menyapu segala di jalannya dan mengorbankan sekurang- kurangnya 12,554 orang. Kasihan penduduk- penduduk di Jepun itu. Saya berasa amat sedih kerana mereka telah kehilangan rumah mereka. Selepas itu, ada pun krisis nuklear selepas itu. Penduduk- penduduk di daerah-daerah yang terpengaruh terpaksa pergi dari situ. Penduduk-penduduk yang terselamat agaknya ada ahli keluarga yang terkorban. Anak-anak yang ibu bapanya terkorban pula menjadi anak yatim dan ada pula ibu bapa yang telah menghilangkan anak-anak mereka. Saya rasa yang mereka amat sedih bagai kaca yang terhempas batu. Walaupun begitu, penduduk- penduduk yang terselamat sabar. Mereka telah menghadapi masalah mereka dengan sabar dan tidak panik. Pertubuhan-pertubuhan amal di Singpura telah menghantar bekaqlan di situ untuk menolong mereka. Saya rasa mereka sedang membuat perkara yang amat baik kerana bekalan di Jepun kekurangan.Saya rasa bersyukur kerana tinggal di Singapura yang selamat daripada perkara-perkara ini.

Selasa, 26 April 2011

Pengalaman semasa di luar negara

Pengalaman saya yang paling manis semasa di luar negara adalah semasa saya ke London dan Paris. Saya ke sana semasa saya 9 tahun. Saya berasa ghairah ketika hendak ke sana kerana pertama kali ke negara-negara tersebut.

Di London, ada beberapa bangunan yang lama seperti Big Ben, London Bridge dan Westminster Abbey. Cuaca ketika itu sungguh sejuk. Saya berasa sungguh seronok apabila di situ. Saya pun ke Buckingham Palace untuk melihat pertukaran pengawal di situ. Perjalanan dari pagar hadapan ke situ sungguh lama dan saya berasa sungguh penat dan sejuk. Selepas kami tiba di situ sudah ada ramai orang dan terpaksa berdiri di belakang. Saya pun berasa sedih kerana tidak boleh melihat apa-apa. Ada seorang wanita tua yang memberi kami jalan ke hadapan dan saya dan adik saya pun berterima kasih kepadanya. Kami tiada masalah tentang makanan di situ kerana ada beberapa kedai makan yang halal di situ seperti Subway. Kami pun ke pusat membeli-belah Harrods.

Kami pun ke Paris semasa percutian itu.Kami harus bangun pada pukul lima pagi kerana ada sebuah bas yang akan membawa kami ke stesen kereta api. Perjalanan dari London ke Paris agak lama. Di situ, cuacanya pun sejuk. Selepas kami tiba di sana ,kami terus ke bandar untuk menaiki bot di Sungai Seine(Seine river). Selepas itu kami makan tengah hari. Ia pertama kali saya mencuba makanan crêpes. Rasanya agak sedap. Selepas itu kami menaiki Menara Eiffel (Eiffel Tower). Ketika itu, sedang hujan lebat dan kami amat sejuk. Kami menurun tangga ke tingkat pertama dan adik saya menangis kerana dia tersentuh besi tanpa menggunakan sarung tangan dan terlalu sejuk . Selepas itu, kami ke Muzium Louvre. Ada beberapa lukisan daripada Leonarda Da Vinci, Picasso dan lain-lain lagi. Saya pun dapat melihat lukisan Mona Lisa yang tulen. Ia agak kecil.

Saya berasa bertuah kerana dapat ke negara tersebut. Jikalau saya ada pilihan, saya akan memilih untuk pergi ke kesemua Eropah dan Amerika. Saya harus bekerja keras dan kuat untuk memenuhi impian saya ini.

Isnin, 21 Mac 2011

Cuti Sekolah Saya Selama Seminggu

Pada cuti sekolah, keluaga saya telah ke Melaka. Saya telah bermain bowling. Ia sangat menyeronokkan. Saya betul- betul teruk dalam permainan tersebut. Saya lebih baik daripada adik, ibu dan kalang-kala abang saya tetapi lebih teruk daripada ayah saya. Saya sungguh gembira apabila saya Kami hanya dapat pergi ke sana selama tiga hari oleh kerana kami terlalu sibuk. Kami pun pergi membeli- belah. Pandangan saya tentang cuti sekolah di Singapura adalah ia tidak terlalu panjang atau tidak terlalu pendek. Jika saya Menteri Pendidikan Singapura saya tidak akan berubah apa-apa kerana saya rasa yang cuti sekolah yang diberikan mencukupi.

Rabu, 16 Februari 2011

Minat(2)

Minat saya yang kedua adalah mendengar dan bermain muzik. Muzik menolong saya tenangkan diri apabila saya berasa stress atau tertekan. Ibu bapa saya menghantar saya untuk belajar bermain piano supaya saya dapat tenangkan diri apabila ada terlalu banyak kerja. Walaupun ia sepatutnya tenangkan saya, jikalau saya ada terlalu banyak kerja rumah, saya harus tidur lewat-lewat. Saya pun suka mendengar muzik pada masa lapang. Ia boleh membangunkan saya apabila saya sedang berasa penat apabila sedang membuat sesuatu yang membosankan.

Selasa, 15 Februari 2011

MInat saya(1)



Minat saya adalah membaca. Semasa masa lapang saya, saya cuba membaca. Membaca mendatangkan beberapa faedah seperti meluaskan kosa kata dan ia menguatkan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu saya. Salah satu penulis yang saya minat adalah Jodi Picoult. Buku-buku yang ditulisnya menarik. Contoh-contoh buku yang ditulisnya adalah 'My sister's keeper', ' House Rules' dan 'Vanishing Acts'. Saya pun gemar membaca majalah TIME dan Reader's Digest. Ibu bapa saya membeli majalah-majalah tersebut kerana mereka tahu ia akan menguatkan bahasa saya dan saya boleh tahu tentang apa yang sedang berlaku di dunia ini. Majalah- majalah tersebut pun menarik dan saya boleh mendapatkan lebih pengetahuan am.

Ahad, 23 Januari 2011

Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah

Perasaan saya untuk Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah pada tahun ini adalah perasaan takut dan gementar. Untuk mengatasi perasaan takut dan gementar tersebut adalah untuk membuat persiapan yang awal dan mencuba dengan yang terbaik untuk mendapat gred dan markah agregat yang tinngi yang saya hendak mendapat. Saya telah membuat persiapan saya dengan belajar setiap hari dan mengelakkan diri sendiri dari menjadi seorang yang malas dan seorang yang bermain terlalu banyak. Saya harus belajar bersungguh-sungguh untuk ke sekolah yang saya hendak pergi , Sekolah Menengah Raffles, dan menemuhi harapan tinggi ibu bapa saya untuk saya untuk peperiksaan tersebut.

Rabu, 12 Januari 2011

Tentang saya

Nama saya Nurul Atiqah. Saya berada dalam darjah 6 dan hari jadi saya terjatuh pada 16 Ogos. Saya mempunyai beberapa hobi seperti membaca dan bermain komputer. Saya akan menduduki peperiksaan PSLE pada akhir tahun ini. Saya harus belajar bersungguh-sungguh dan kerja keras untuk mendapat markah agregat yang tinggi untuk ke sekolah yang saya hendak pergi. Matlamat saya adalah untuk mendapat 3 A* iaitu untuk Sains, Matematik dan Bahasa Melayu dan gred A untuk Bahasa Inggeris dan dapat markah agregat 275 atau lebih untuk ke Sekolah Menengah Raffles.